FaZe Clan Juarai ESL One New york Menewaskan Team Liquid

Foto : ESL

Olofmeister nampaknya membuat keputusan tepat meninggalkan pasukan Fnatic untuk menyertai pasukan FaZe Clan selepas pasukan itu muncul juara kejohanan ESL One : New York. Pada perlawanan akhir itu, pasukan FaZe Clan bertembung dengan Team Liquid pada perlawan terbaik antara lima siri itu.

Team Liquid bagaimanapun gagal mengekang penguasaan FaZe Clan apabila tewas ketiga tiga siri yang dimainkan pada perlawanan akhir tersebut. Dengan menyapu bersih perlawanan akhir ini, FaZe Clan menjulang pialan kejohanan dan akan membawa pulang hadiah sebesar $125,000 (~RM500 Ribu).

FaZe Clan :
  • Håvard "rain" Nygaard
  • Finn "karrigan"  Andersen
  • Nikola "NiKo" Kovač
  • Ladislav "GuardiaN" Kovács
  • Olof "olofmesiter" Kajbjer

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.