Dreamhack Ikut Jejak Langkah ESL Batal Penggantungan Pemain Yang Pernah Ditangkap Mengatur Perlawanan

Foto : Dreamhack

Pada bulan Julai yang lalu, penganjur acara e-sukan popular, ESL mengumumkan bahawa mereka telah membatalkan pengantungan para pemain yang telah ditangkap mengatur perlawanan mengikut daripada panduan terbaru daripada pihak ESIC (The Esports Integrity Coalition).

Kini sebuah lagi penganjur ternama, Dreamhack mengumumkan bahwa pihak mereka akan turut sama mengikut jejak langkah ESL dengan mengaplikasikan panduan daripada pihak ESIC itu. Kebanyakan pihak yang ditangkap mengatur perlawanan adalah ketika arena e-sukan sedang meningkat naik dan tiada panduan khusus mengenai peraturan yang perlu dilaksanakan.

Pada ketika itu juga, e-sukan masih lagi industri kecil dan beberapa pihak menganggap ia bukanlah perkara serius untuk menipu semasa bermain. Setelah industri ini berkembang, kini semua pihak mulai mengambi serius mengenai integriti semasa bermain di sesebuah kejohanan.

Justeru itu, ramai berpendapat agar para pemain yang ditangkap  dahulu wajar diberikan peluang kedua untuk memulakan semula kerjaya mereka setelah peraturan dan panduan yang kukuh telah wujud di dalam industri ini. Namun begitu, walaupun para pemain ini diberikan peluang kedua, panduan terbaru ini akan melaksanakan peraturan yang lebih ketat dan hukuman yang lebih keras jika seseorang itu ditangkap mengatur atau menipu semasa bertanding.

Keputusan Dreamhack ini akan meliputi kesemua acara yang dianjurkan oleh mereka, terutamanya  DreamHack ASTRO Open dan DreamHack Masters. Namun begitu, jika sesebuah kejohanan itu merupakan kejohanan tajaan dari sesuatu pihak seperti Valve, taraf pengantungan pemain adalah berdasarkan pada pihak penaja tersebut dan bukanlah daripada pihak Dreamhack.


Sumber : Dreamhack

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.