Dota Pro Circuit - Segalanya Tentang Musim Kompetitf Dota 2 2017/2018



Valve hari ini mengumumkan butiran mengenai musim kompetitif Dota 2 bagi musim 2017/2018. Antara perkara penting yang diumumkan adalah pembahagian mata bagi kejohanan bertaraf major dan minor, jadual kejohanan bagi musim 2017/2018, papan pendahulu mata bagi pasukan dan pemain dan pelbagai lagi.

Pada laman Dota Pro Curcuit tersebut, diumumkan senarai 27 kejohanan untuk musim akan datang dimana 16 daripadanya adalah kejohanan bertaraf minor manakala selebihnya adalah kejohanan bertaraf major. Jumlah hadiah terkumpul bagi kesemua kejohanan tersebut adalah melebihi 16.4 Juta USD (~RM68 Juta).

Kejohanan Major akan memberikan mata sebanyak 1500 manakala kejohanan bertaraf minor akan memberikan mata sebanyak 300. Kesemua pemain akan menerima jumlah mata yang sama didalam sesebuah pasukan. Mata akan diberikan kepada 4 pasukan terbaik dengan pembahagian seperti berikut :

Juara  : 50%
Tempat Ke-2 : 30%
Tempat Ke-3/4 : 10%

atau

Juara  : 50%
Tempat Ke-2 : 30%
Tempat Ke-3 : 15%
Tempat Ke-4 : 10%


Seperti mana yang diumumkan sebelum ini, jumlah mata bagi sesebuah pasukan pula dikira mengikut jumlah tertinggi bgai tiga orang pemain didalam pasukan tersebut. Lapan pasukan yang mempunyai jumlah mata tertinggi akan menerima jemputan terus ke kejohanan The International 2018. Pasukan juga dibenarkan untuk menggunakan pemain gantian namun akan dikenakan denda pada jumlah mata yang dimenangi.

  • Jika pasukan bermain dengan sekurang kurangnya 4 pemain asal semasa pusingan kelayakan dan menggunakan kelima lima pemain asal di acara utama, tiada denda dikenakan.
  • Jika pasukan menggunakan sekurang kurangnya 4 pemain asal semasa kelayakan dan acara utama, pemain asal akan menerima 75% daripada jumlah mata manakala pemain gantian akan menerima 50% dariapda jumlah mata.
  • Untuk kesemua kes lain, semua pemain menerima 25% mata.

Akhir sekali, Valve kini membenarkan jurulatih bagi sesebuah pasukan untuk berada bersama sama pasukan ketika fasa melakukan draft sedang berlangsung. Namun bagitu, jurulatih harus meninggalkan mereka selepas fasa melakukan draft selesai.


Dikuasakan oleh Blogger.