Butiran Mengenai Kejohanan Minor Pertama Oleh Perfect World - The Perfect World Masters Diumumkan



Selepas Starladder i-League Invitational dan PGL Open Bucharest, kini butiran mengenai sebuah lagi kejohanan minor bagi Dota 2 telah diumumkan. The Perfect World Masters merupakan sebuah kejohanan yang melibatkan 10 pasukan dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah $300,000 (RM 1.2 Juta).

Kejohanan  ini dianjurkan oleh pengedar bagi permainan Dota 2 di China iaitu Perfect World. The Perfect World Masters akan berlangsung pada 19 sehingga 26 November di Shanghai, China. Tiga pasukan akan menerima jemputan terus ke kejohanan manakala pasukan selebihnya akan melalui pusingan kelayakan.

Setiap rantau utama iaitu SEA, EU, CIS, NA, SA akan menerima satu slot kelayakan manakala rantau China akan menerima 2 slot kelayakan. Butiran lanjut mengenai kejohanan akan didedahkan pada masa akan datang.


Sumber : Wykrhm

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.