Bekas Pemain OG, Ana Dituduh Gagal Memenuhi Kontrak Agen Yang Membawanya Masuk Ke Dunia Profesional Dota 2



Pemain muda berasal dari Australia, Anathan "ana" Pham dilanda kontroversi apabila dituduh gagal memenuhi kontraknya bersama dengan agen yang membawanya ke dunia profesional Dota 2. Bekas pemain mid bagi pasukan OG itu dilaporkan gagal membayar agen bernama Wobbly yang bertanggungjawab melatih dan memperkenalkan beliau dengan pasukan pasukan profesional.

Menurut Wobbly, didalam kontrak yang dimeterai, Ana perlu membayarnya 10% daripada hasil kemenangnya sehingga dia berumur 18 tahun. Sebagai ganti, Wobbly akan melatih dan memperkenalkan beliau dengan pasukan profesional agar beliau memdapat peluang untuk ditandatangi mereka.

Antara pasukan yang telah dirunding oleh Wobbly untuk Ana adalah VGR, VGP, EhomeK, IG, IGV, IG, Faceless, dan OG. Pada mulanya, Wobbly berjaya memandatnagi Ana dengan pasukan Invictus Gaming, namun ianya hanya sebagai pemain simpanan.  Ana akhirnya dipilih oleh OG untuk menyertai mereka sebagai pemain mid mereka. Bersama sama dengan OG, Ana berjaya memenangi beberapa kejohanan seperti The Boston Major, Elimination Mode 3.0 dan The Kiev Major.

Namun begitu, Anan gagal memenhi kontraknya setelah tidak membayar sebarang duit kepada Wobbly mengikut kontrak yang telah ditandatangi mereka. Pada ketika ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak Ana mengenai isu ini. Pasukan OG yang dikatakan telah memihak pada Ana juga tidak mengeluarkan kenyataan, malah dikatakan menyuruh Wobbly menghentikan usaha beliau menerusi perbualan yang didedahkan oleh Wobbly bersama sama dengan Evany, pengurus pasukan OG.

Regarding the dispute with ex-OG.ana from DotA2

Statement regarding speculation around Ana situation. from DotA2

Sumber : Reddit

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.