Bekas Pemain MVP.Phoenix Kembali Bersatu Sebagai Team Phoenix

Foto : Wykrhm

Bermulanya musim 2017/2018 bagi permaianan Dota 2, bekas pemain bagi pasukan MVP.Phoenix hari ini mengumumkan bahawa mereka telah kembali bersatu sebagai Team Phoenix. Pada tahun 2016 lalu, pasukan MVP.Phoenix yang dibarisi oleh Qo, Dubu, Forev, Febby dan MP merupakan salah satu pasukan terhandal di rantau Asia Tenggara.

Bersama sama dengan pasukan Fnatic, kedua dua pasukan itu saling menguasai rantau Asia Tenggara. Pasukan MVP.Phoenix juga berjaya menamatkan penyertaan mereka pada kejohanan The International 2016 dengan memperoleh tempat ke 5/6.

Walaupun berjaya memperoleh keputusan yang agak baik, pasukan itu dibubarkan selepas tamatnya kejohanan tersebut. QO dan Febby menyertai pasukan Fnatic, MP menyertai pasukan Secret manakala Dubu dan Forev menyertai pasukan Digital Chaos. Walaupun kesemua mereka mampu melayakkan diri ke kejohanan The International 2017, keputusan yang diperoleh adalah kurang memuaskan.

Bagi musim akan datang ini, mereka kini telah kembali bersama dibawah nama Team Phoenix. Walaupun pada ketika ini mereka tidak ditaja oleh mana mana organisasi, terdapat ura ura bahawa pasukan ini akan ditandatangi oleh organisasi Immortals yang secara rasminya mengumumkan bahawa mereka sedang memilih pemain bagi pasukan Dota 2 mereka yang tersendiri.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.