BattlEye Sudah Mengantung Lebih 150,000 Pemain Pada Permainan PUBG



Pada awal bulan Ogos lalu, pengarah kreatif permainan PUBG, Brendan 'Playerunknown' Greene telah mengumumkan bahawa lebih 50,000 orang pemain telah digantung daripada permainan PUBG akibat daripada mengunakan aplikasi penipuan. Kini, selepas lebih sebulan, angka tersebut telah meningkat lebih tiga kali ganda iaitu melebihi 150,000 orang pemain.

Permainan PlayerUnknown's Battlegrounds menggunakan perisian daripada syarikat BattlEye Innovations yang juga digunakan oleh pelbagai permainan lain seperti H1Z1 dan Tom Clancy's Rainbow Six.

Dengan jualan melebihi 10 juta salinan, permainan paling popular bagi tahun 2017 ini sudah pasti mempunyai masalah pemain yang cuba menipu semasa bermain. PUBG juga baru baru ini mengubahsuai sistem permainan mereka bagi mengatasi masalah pemain yang cuba menggunakan bot bagi membolehkan mereka mengumpul mata tanpa perlu bermain.


Sumber : Playerunknown

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.