Acara Dota 2 All Star Weekend Diumumkan Bersempena Dengan Penggambaran Filem Underdogs Rising Di Manila

Sebuah acara khas telah diumumkan bersempena dengan penggambaran filem berkaitan esukan, Underdogs Rising di Manila. Acara Dota 2 All Star Weekend ini akan dibawakan oleh Poplife dan hadir dengan beberapa program menarik seperti kejohanan khas Dota 2 melibatkan 4 pasukan ternama dan beberapa program kecil seperti perlawanan menentang bot, 1 lawan 1 dan perlawanan bersama selebriti.

Acara ini akan diadakan di Mall of Asia di Filipina pada 13 - 15 Oktober ini. Acara ini akan turut sama membawakan persembahan muzik daripada artis, kumpulan tarian dan DJ. Tiket oleh dibeli bermula pada 18 September ini dengan harga PHP 500 (~RM 41) untuk tiga hari.




Sumber : Wykhrm

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.