Valve Perkenal Siltbreaker: Act II



Siltbreaker merupakan sebuah mod permainan kempen khas yang boleh dimainkan oleh para pembeli Battle Pass untuk kejohanan The International 2017. Kemaskini terbaru ini merupakan sambungan bagi Siltbreaker Act 1 yang dilancarkan pada bulan Jun lalu.

Mod permainan Siltbreaker terbahagi ini kepada dua iaitu, The Sands of Fate dan A Vault in the Deep. The Sands of Fate akan membawakan pemain untuk menjelajah dunia Dark Rift bagi mencari Rhyzik the Corruptor. Dalam misi mencari dan menewaskan Rhyzik, pemain akan bertarung di zon zon khas yang menawarkan bintang yang diberikan bergantung dengan prestasi anda. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kurier khas Desert Sands Baby Roshan setiap kali menerima Siltbreaker Treasure.

Pada kemaskini ini juga, Valve memperkenalkan mod permainan Adventure di  mana pemian boleh memainkan Siltbreaker Act I dan II dengan kesukaran yang lebih rendah. Namun begitu, pemain tidak akan memperoleh Artifacts, dan hadiah lainnya melalui mod adventure ini. Valve juga menambah sebuah matawang baharu yang dinamakan sebagai Artifact Coins. Artifact Coins boleh digunakan pada kedua dua bahagian permainan Siltbreaker Act I dan II.





Sumber : Dota 2
Dikuasakan oleh Blogger.