Valve Perkenal Empat Pengedar Rasmi Cenderahati Dota 2 - Lantik E-Club Untuk Rantau Asia Tenggara




Valve kini telah mengumumkan empat pengedar rasmi bagi barangan cenderahati Dota 2 di empat buah rantau iaitu Eropah, Asia Tenggara, China dan Amerika Utara. Langkah ini diambil selepas mereka terpaksa menutup kedai atas talian 'Secret Shop' mereka sebelum ini akibat daripada rungutan pelanggan tentang kos penghantaran yang terlalu tinggi.

Melalui empat buah pengedar ini, Valve kini mampu menawarkan cenderahati Dota 2 dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan sebelum ini. Bagi rantau Asia Tenggara, Valve telah melantik E-Club sebagai pengedar rasmi. Bagi anda yang berminat untuk membeli cenderahati seperti t-shirt, mug, lanyard dan pelbagai lagi, kesemua barangan tersebut boleh dibeli di laman rasmi E-club. Valve turut mengumumkan bahawa mereka akan menambah pengedar bagi rantau lain pada masa akan datang.


Layari : E-Club Store

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.