Vainglory Akan Perkenal Dua Item Baharu Pada Kemaskini Musim Luruh Kelak



Vainglory hari ini memuat-naik video teaser bagi dua item baharu yang akan tiba untuk permainan itu pada kemaskini musim luruh kelak. Pada video teaser pertama, item yang dipaparkan menunjukkan ciri ciri sebuah item bagi tujuan pemulihan nyawa. Item ini mungkin boleh digunakan oleh pemain bagi posisi ketua pasukan.

Video kedua pula memaparkan sebuah item yang berbentuk seperti sebuah pisau yang bewarna kemerah-merahan. Pisau itu kemudiannya disambar oleh beberapa percikan elektrik. Item ini dilihat adalah untuk memperkuatkan kuasa serangan sesebuah hero. Pada ketika ini, tiada info lanjut disertakan pada kedua dua video tersebut.





Selain daripada dua item tersebut, Vainglory juga baru baru ini memperlihatkan serba sedikit status pembangunan mod 5v5 yang bakal ditambah kedalam permainan tersebut. Namun begitu, mod permainan 5v5 tersebut masih lagi didalam pembangunan dan belum sedia untuk di integrasikan dalam jangka masa terdekat  ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.