Timado Meninggalkan Pasukan Infamous



Pemain mid bagi pasukan Infamous, Enzo 'Timado' Gianoli mengumumkan bahawa beliau telah meninggalkan pasukan dari Amerika Selatan itu. Pemain berusia 16 tahun itu menyertai pasukan Infamous bermula pada bulan Mac lalu selepas pasukan Team Freedom dibubarkan.

Bersama sama pasukan Infamous, Timado berjaya melayakkan diri ke kejohanan The International 2017. Pasukan itu mengakhiri kejohanan tersebut dengan memperoleh kedudukan 13/16. Timado bagaimanapun tidak mengumumkan hala tuju beliau untuk musim kompetitif akan datang.


Dikuasakan oleh Blogger.