Tencent Dilaporkan Melabur Pada Bluehole, Syarikat Pembangun Permainan PUBG



PlayerUnknown's Battleground merupakan permainan sensasi yang mula meningkat naik kebelakangan ini. Permainan tersebut mempunyai lebih 600 ribu pemain di platform Steam. Kini,  syarikat internet gergasi dari China, Tencent dilaporkan telah melabur pada syarikat pembangun permainan tersebut iaitu Bluehole.

Menurut laporan dari Jiemian News, Tencent pada awalnya mahu mengambil alih syarikat dari Korea Selatan tersebut namun rancangan tersebut telah ditolak oleh Bluehole. Tencent dilihat mula memfokuskan pada arena permainan selepas mempunyai pegangan terhadap beberapa syarikat permainan popular seperti Riot Games, Activision Blizzard, Epic Games, dan Supercell.

PUBG sendiri kini mula melangkah ke arena esukan dengan penganjuran Gamescom PUBG Invitational yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah $350,000. Kejohanan tersebut telah menarik minat beberapa organisasi esukan seperti Team SoloMid, Cloud9, Team Liquid dan Noble Esports.


Sumber : DotEsport

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.