Supercell Beri Dua Magical Chest Percuma Sempena Kembalinya Mod 2v2



Bersempena dengan kembalinya mod permainan 2v2 pada permainan Clash Royale, Supercell telah menghadiahkan para pemain dengan dua peti magikal percuma. Clash Royale merupakan sebuah permainan yang memfokuskan kepada perlawanan dalam bentuk masa-nyata. Para pemain boleh mengumpulkan kad untuk meningkatkan taraf kad dan menambah kuasa serangan mereka.

Clash Royale juga mempunyai arena kompetitifnya yang tersendiri. Supercell sendiri telah mengumumkan sebuah kejohanan terbaru yang digelar The Crown Championship yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah $1 juta dolar.
Dikuasakan oleh Blogger.