SKT, TSM Antara Lima Buah Lagi Pasukan Yang Mengesahkan Tempat Di World Championship 2017



Selepas Flash Wolves menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke World Championship 2017 pada awal bulan Ogos lalu, lima buah pasukan telah kini mengikut jejak langkah pasukan itu. Kelima lima pasukan tersebut adalah AHQ, SKT, TSM, Fenerbahçe and Kaos Latin Gamers.

AHQ melayakkan diri selepas menewaskan pasukan Raise Gaming untuk mara ke perlawanan akhir pusingan playoff musim panas liga LMS. AHQ dan FLash Wolves akan bertemu pada perlawanan akhir itu bagi menentukan kedudukan slot bagi kejohanan World 2017.

Team SoloMid pula mengesahkan slot mereka selepas mendahului mata kelayakan bagi liga LCS Amerika Utara. Tiada pasukan yang mampu mengejar mata kelayakan mereka pada ketika ini sekaligus mengesahkan slot mereka bagi World 2017.

Latin America South Cup (Copa Latinoamérica Sur 2017) pula dijuarai oleh pasukan Kaos Latin Gamers yang menewaskan pasukan Isarus Gaming dengan keputusan 3-1. Dengan menjuarai liga tersebut, pasukan KLG akan mara ke kejohanan World 2017.

Pemenang kejohanan World 2016, SKT T1 pula mengesahkan tempat mereka pada kejohanan World 2017 selepas mengesahkan kedudukan sekurang kurangnya kedua dalam jumlah mata kelayakan bagi liga LCK. Jumlah akhir mata kelayakan dan kedudukan mereka akan diketahui selepas perlawanan diantara mereka bersama dengan pasukan Longzhu Gaming.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.