SEMC Dedah Lebih Banyak Info Berkaitan Dengan Mod 5v5 Pada Temuramah Bersama Ciderhelm



Syarikat pembangun bagi permainan moba mudah alih popular Super Evil Megacorp didalam video kemaskini pembangunan terbaru mereka telah memfokuskan kepada pertanyaan pemain berkaitan mod permainan 5v5 akan datang.

Antara isu yang disentuh pada kemaskini terbaru ini adalah perbezaan antara Vainglory dan permainan bergenre moba lain seperti Dota 2 dan League of Legends. Ciderhelm, pereka utama bagi permainan ini berkata bahawa Vainglory sebelum ini sudah terkenal  dengan pengalaman bermain di kawasan hutan yang baik, justeru itu mereka akan memfokuskan pada pengalaman bermain di kawasan hutan ini dengan memberikannya objektif unik yang memberikan impak besar kepada permainan.

Ciderhelm juga menyentuh bahawa peta bagi mod permainan ini direka agar dapat memberikan kadar penglihatan yang lebih baik serta memudahkan pertembungan dengan musuh secara berkumpulan dilakukan. Bagi kesimbangan hero dan item pula, Ciderhelm menegaskan bahawa ia merupakan perkara penting yang sedang mereka fokuskan. Hero dan item akan di seimbangkan bagi keseluruhan permainan dan bukan hanya untuk mod permainan spesifik. Namun begitu, akan ada perbezaan kecil antara mod permainan ini bagi mengatasi masalah masalah yang timbul dan mengelakkan daripada wujudnya eksploitasi tertentu pada sesuatu mod permainan.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.