Rush, Tarik Sertai Cloud9 - Fitch Sertai Gambit Esports



Selain daripada Dota 2, pasukan pasukan bagi permainan CS:GO juga kini sedang aktif bertukar pemain selepas tamatnya kejohanan Major PGL Krakow tempoh hari. Pertukaran pemain ini bukan sahaja melibatkan pasukan yang gagal menyerlah, malah melibatkan juara kejohanan tersebut iaitu Gambit Esports.

Seminggu yang lalu, pemain Gambit pada ketika itu, Danyl "Zeus" Teslenko mengumumkan bahawa beliau telah meninggalkan pasukan itu untuk kembali menyertai pasukan lamanya iaitu Natus Vincere. Kini, Gambit mengumumkan pemain yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zeus itu. Gambit mengumumkan bahawa Bektiyar "fitch" Bakhytov  akan menyertai pasukan itu.

Gambit telah membeli kontrak Fitch daripada pasukan lamanya iaitu TENGRi. Namun begitu, Fitch akan diletakkan didalam  fasa ujian selama tiga bulan. Keputusan sama ada beliau akan diletakan sebagai pemain utama pasukan hanya akan diumumkan selepas tamatnya tempoh ujian tersebut.




Selain daripada Gambit, sebuah lagi organisasi turut mengumumkan perubahan pemain bagi pasukan mereka iaitu Cloud9. Cloud9 mengumumkan bahawa William 'RUSH' Wierzba dan Tarik 'tarik' Celik akan menyertai pasukan itu sebagai pemain utama mereka. Dengan penambahan dua orang pemain baru ini, pemain asal pasukan itu, Jordan 'n0thing' Gilbert dan Michael 'shroud' Grzesiek telah diletakkan sebagai pemain simpanan.

Rush dan Tarik akan mula bermain bagi pasukan itu secara rasmi pada pusingan kelayakan kejohanan ESL One New York, pada penghujung minggu ini.



Sumber : Gambit, Cloud9
Dikuasakan oleh Blogger.