PUBG Ubah Kekerapan Kemaskini - Mahu Pastikan Kualiti Kemaskini Terjamin



Pembangun disebalik permainan sensasi PlayerUnknown's Battleground iaitu Bluehole, melalui sebuah post di laman steam memaklumkan bahawa mereka tidak lagi akan mengeluarkan kemaskini minggu dan bulanan dengan kekerapan yang singkat.

Keputusan ini diambil setelah mereka mendapati bahawa kekurangan masa untuk menguji kemaskini terbaru mereka mendatangkan lebih banyak isu berbanding daripada mengujinya dengan lebih mendalam terlebih dahulu. Dalam masa yang sama, Bluehole turut menegaskan bahawa keputusan ini tidak akan menyebabkan kelewatan pada jadual pelancaran dan perancangan mereka.

Mereka mahu memastikan bahawa setiap kemaskini diuji secara lebih teliti pada server ujian dan tidak mendatangkan masalah apabila ia diaplikasikan pada server utama permainan. Ini juga akan memastikan bahawa pemain di server utama memperoleh pengalaman permainan yang lebih baik dan bebas daripada pepijat.


Sumber : PUBG Steam News

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.