PUBG Dedah Gambar Teaser Bagi Peta Gurun Permainan Itu



Brendan "PlayerUnknown" Greene, pengarah kreatif bagi permainan PlayerUnknown's Batteground telah mendedahkan pandang pertama bagi peta gurun terbaru permainan itu di acara Gamescom. Beliau turut memuat-naik gambar teaser bagi peta tersebut menerusi akaun Twitternya.

Menerusi gambar yang dimuat-naik, peta gurun ini dilihat akan menyertakan sebuah bandar yanga agak padat dan mempunyai bangunan yang lebih tinggi berbanding dengan peta asal, Erangel. Dengan penambahan peta yang lebih padat ini, permainan dijangka akan lebih rancak dan mendebarkan.



Namun begitu, maklumat lengkap mengenai peta ini masih belum didedahkan. Greene sendiri baru baru ini menyetakan bahawa pelancaran sebarang peta baru akan mengambil masa berbulan dari sekarang.

Di acara Gamescom juga sedang berlangsungnya acara kompetitif PUBG pertama iaitu Gamescom PUBG Invitational. Acara ini disertai oleh beberapa organisasi esukan ternama seperti Team Liquid, Cloud9, Team SoloMid dan Luminosity.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.