PlayerUnknown's Battleground Atasi Jumlah Pemain Semasa Dota 2 Buat Pertama Kalinya



Permainan sensasi PlayerUnknown's Batleground mencipta sejarah baharu apabia berjaya mengatasi Dota 2 didalam jumlah pemain semasa buat pertama kalinya sejak permainan itu dilancarkan. Pada petang 27 Ogos 2017, permainan PUBG berjaya mengatasi Dota 2 dan CS:GO dengan jumlah pemain semasa yang melebihi 700,000 orang pada ketika itu.

Foto : @Steam_Spy

PUBG juga memegang rekod sebagai permainan yang mempunyai jumlah pemain tertinggi bagi permainan yang bukan dibangunkan oleh Valve di Steam. Jumlah pemain tertinggi yang pernah dicatatkan permainan ini adalah melebihi 800,000 orang pemain pada satu satu masa.

Sejak dilancarkan pada bulan Mac lalu untuk program akses awal, permainan PUBG telah terjual melebihi 8 juta salinan sehingga bulan Ogos ini. PUBG juga baru sahaja menganjurkan kejohanan kompetitif pertama mereka di  acara Gamescom iaitu PUBG Gamescom Invitational yang disertai oleh pelbagai organisasi esukan ternama.



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.