PGL Open Bucharest - Kejohanan Minor Dota 2 Diumumkan



Selepas Dreamhack iLeague Invitational diumumkan, kini sebuah lagi kejohanan Minor bagi permainan  Dota 2 didedahkan. PGL Open Bucharest merupakan kejohanan Minor kedua sejak sistem baharu Major/Minor diperkenalkan oleh Valve untuk permainan Dota 2.

PGL Open Bucharest merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh PGL dan rakan kerjasama mereka iaitu Twitch. Kejoahanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD 300,000 (~RM 1.2 juta). Kejoahanan ini akan melibatkan 8 buah pasukan dari enam rantau utama iaitu CIS, Eropah, Asia Tenggara, China, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

2 buah pasukan telah dijemput secara terus ke kejohanan tersebut iaitu pasukan Evil Geniuses dan LGD Gaming. Baki enam pasukan adalah dari pusingan kelayakan di setiap 6 rantau utama dengan setiap rantau menerima sebuah slot ke kejohanan tersebut.

PGL Open Bucharest akan diadakan pada 19 November sehingga 22 November kelak di Bucharest, Romania. Pusingan kelayakan terbuka akan bermula pada 9 September ini bagi rantau Asia Tenggara.


Layari : Pendaftaran Kelayakan Terbuka Asia Tenggara
Sumber : PGL Open Bucharest

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.