Orange Esports, RedBull Anjur Kejohanan Overwatch September Ini



RedBull Overwatch Championship, sebuah kejohanan baharu bagi permainan Overwatch telah diumumkan oleh Orange Esports. Kejohanan yang menawarkan hadiah RM3000 kepada pemenang pertama itu akan diadakan pada 9 September kelak bertempat di Kafe Internet Orange, di Petaling Jaya.

Sesi kelayakan bagi kejohanan ini akan diadakan secara dalam talian dan lan. Bagi pusingan kelayakan dalam talian, ia akan diadakan pada 26 Ogos ini. Sesi kelayakan lan pula akan diadakan di Stadium Orange pada 2 September ini. 


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.