Mineski Malaysia dan Nvidia Geforce Umum Kejohanan Xtreme Dota 2



Selepas tamatnya Kejohanan Aorus Dota 2, Mineski Malaysia kini bergabung tenaga dengan Nvidia Geforce untuk hadir dengan sebuah lagi kejohanan amatur terbaru iaitu Kejohanan Xtreme Dota 2. Kejohanan yang akan berlangsung pada 14 dan 15 September ini akan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM 30,000.

Pusingan kelayakan bagi kejohanan ini akan dilakukan di 10 lokasi di seluruh negara dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM1,000 di setiap lokasi. Seperti mana kejohanan Aorus, kejohanan ini adalah untuk pemain amatur dan pemain profesional seperti Ohaiyo, Mushi dan para pemain dari pasukan profesional seperti WG.U, Fnatic dan Mineski adalah dilarang untuk menyertainya.




Layari : Laman Pendaftaran Nvidia Geforce Xtreme Dota 2 


Dikuasakan oleh Blogger.