Microsoft Akan Menerbitkan Permainan PlayerUnknown's Battleground Untuk Konsol Xbox



Permainan sensasi PlayerUnknown's Batteground kini disahkan akan diterbitkan oleh Microsoft Studio bagi platform Xbox. Pengarah kreatif permainan tersebut,  Brendan Greene mengumumkan perkara tersebut semasa sesi siaran Xbox di acara Gamescom.

Kerjasama ini dilihat akan membantu permainan itu untuk dibangunkan dengan lebih pantas bagi memastikan ia dapat dilancarkan mengikut sasarannya iaitu pada penghujung tahun 2017 ini. Permainan ini telah pun terjual melebihi 8 juta salinan pada platfrom PC. Arena esukan bagi permainan PUBG juga sedang meningkat naik dengan pelbagai organisasi mula menubuuhkan pasukan masing masing.


Dikuasakan oleh Blogger.