Malaysia Esports League Diumumkan Secara Rasmi - Liga Dota 2 Dengan Jumlah Hadiah Sebesar RM500,000



Mineski Events Team hari ini mengumumkan Malaysia Esports League (MESL) secara rasmi. MESL merupakan sebuah liga esukan bagi permainan Dota 2. Acara perasmian liga ini telah diadakan di GSC Pavilion Hall dan dihadiri oleh pemain Dota 2 terkenal dari Malaysia iaitu Chai "Mushi" Yee Fung dan Chong "Ohaiyo" Xin Khoo.

Liga ini diumumkan akan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM500,000 dengan syarikat telekomunikasi Umobile sebagai penaja utama. Liga MESL ini juga disokong oleh Logitech, eGG Network dan Twitch.

Pusingan kelayakan bagi Malaysia Esports League ini akan diadakah diseluruh negara melalui kafe siber yang terpilih. Pihak Umobile turut sama mengadakan kempen 'For The Win' yang menawarkan beberapa hadiah seperti komputer riba Asus Rog dan kod tambah nilai bagi kedai atas talian Steam.


Dikuasakan oleh Blogger.