Luminosity Sah Akan Sertai Gamescom PUBG Invitational



Perkembangan arena esukan bagi permainan PlayerUnknown's Battleground kini semakin rancak apabila sebuah lagi organisasi esukan mengumumkan penyertaan mereka pada kejohanan pertama permainan tersebut di acara Gamescom, Ogos ini.

Luminosity mengesahkan bahawa mereka akan turut sama menyertai Team Liquid, Cloud9 dan Team SoloMid untuk menghantar pasukan bagi kejohanan PlayerUnknown's Battlegranoud Invitational yang dianjurkan oleh Bluehole dan ESL di acara Gamescom.



Kejohanan tersebut akan diadakah di acara Gamescom yang bertempat di Colonge, Jerman. Ia akan berlangsung selama 3 hari bermula 24 Ogos ini. Beberapa mod permainan akan dipertandingkan seperti Mod Solo, Mod Duo, Duo FPP (Perspektif Pandang Pertama) dan Mod Pasukan. Ia menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah $350,000 USD.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.