Longzhu Gaming Adalah Juara Play-off Musim Panas LCK 2017



Pasukan Longzhu Gaming muncul juara  Play-off Musim Panas LCK 2017 selepas menewaskan pasukan SK Telecom T1 pada perlawanan akhir liga tersebut. Perlawanan akhir tersebut berakhir dengan keputusan 3-1 memihak kepada pasukan Longzhu Gaming.

Dengan menjuarai liga ini, Longzhu Gaming kini adalah pemilik slot pertama LCK ke kejohanan World 2017. Namun begitu, pasukan SKT T1 juga telah melayakkan diri ke kejohanan WOrld 2017 selepas memperoleh mata kelayakan tertinggi di dalam liga tersebut.

Sebagai juara liga play-off musim panas LCK 2017, Longzhu Gaming akan membawa pulang hadiah sebanyak ₩ 10,000,000 (~RM 370,000). Pemain Longzhu Gaming, Khan juga telah dipilih sebagai MVP kejohanan dan diberikan hadiah wang sebanyak $ 4,379 (~RM18,000).
Dikuasakan oleh Blogger.