LGD.Forever Young - Pemenang Tempat Ketiga The International 2017



Team Liquid memusnahkan harapan LGD.Forever Young untuk mara ke perlawanan akhir kejohanan The International 2017 selepas bangkit menewaskan pasukan itu di perlawanan akhir pusingan lower bracket.

Walaupun berjaya memenangi siri pertama perlawanan, LGD.Forever Young gagal mengekalkan momentum mereka dan tewas kedua dua siri seterusnya. Pasukan yang dibarisi oleh seorang pemain dari Malaysia, iaitu Ah Fu itu akan pulang dengan gelaran tempat ketiga keseluruhan kejohanan bersama sama dengan hadiah berjumlah $2,575,541 (~ RM 11 Juta).

Barisan Pemain LGD.Forever Young
  • Du 'Monet' Peng
  • Xie 'Super' Junhao
  • He 'Inflame' Yongzheng
  • Tue 'Ah Fu' Soon Chuan
  • Leong 'DDC' Fat-meng

Sementara itu, pasukan Liquid akan mara ke perlawan akhir kejohanan untuk bertemu dengan pasukan Newbee pada perlawanan terbaik antara lima siri. Pemenang perlawanan tersebut akan menjulang piala Aegis of The Champions dan hadiah sebesar $10,792,742 (~RM 46 Juta). 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.