Khezu, MP Meninggalkan Pasukan Secret



Pasukan Secret melalui laman web rasmi mereka memulakan sesi pertukaran pemain selepas tamatnya kejohanan Dota 2 terbesar iaitu The International 2017. Untuk musim terbaru menjelang The International 2018, Team Secret telah membuat keputusan untuk melepaskan dua orang pemain mereka iaitu Maurice ‘KheZu’ Gutmann dan Noa ‘MP’ Pyo.

Walaupun kedua dua mereka bermain dengan agak baik, Pasukan Secret berkata bahawa mereka mahu menguatkan lagi pasukan mereka dan mahu menjulang kejuaraan dan kedua dua pemain tersebut dilihat tidak mampu membawa mereka ke sasaran yang mahu dicapai pasukan itu.

Namun begitu, pemain yang akan mengantikan Khezu dan MP didalam pasukan tersebut masih belum diumumkan. Walaupn sesi pertukaran belum bermula secara rasmi,pelbagai pemain dilihat mula memberi petunjuk mengenai perancangan mereka untuk musim terbaru Dota 2.


TEAM SECRET DOTA 2
  • Nai Zheng ‘MidOne’ Yeik
  • Yazied ‘YapzOr’ Jaradat
  • Clement ‘Puppey’ Ivanov

Sumber : Team Secret

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.