Gawang Gol Lutsinar Akan Ditambah Pada Kemaskini Musim Luruh Rocket League



Gawang gol lutsinar kini hampir tiba di arena Rocket League! Rocket League mengumumkan bahawa pada kemaskini musim luruh akan datang, beberapa bahagian di arena permainan Rocket League.

Penambahan fungsi ini diambil selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada para pemain. Beberapa bahagian yang boleh dijadikan lutsinar adalah gawang gol, dinding dan quarter post. Para pemain boleh memilih untuk mengaktifkan fungsi ini atau menyahaktifkannya mengikut keutamaan tersendiri mereka.

Namun begitu, kedudukan pemain akan sedikit mempengaruhi kadar ketelusan beberapa bahagian lutsinar tersebut. Dengan penambahan fungsi ini, pemain dapat menambah baik kadar penglihatan mereka ketika bermain terutamanya semasa mempertahankan gawang mereka daripada serangan pihak lawan.


Sumber : Rocket League

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.