G2 Esports Bakal Memasuki Dunia Kompetitif Dota 2?



G2 Esports merupakan salah satu organiasi esukan terbesar didunia. Organiasi tersebut mempunyai beberapa pasukan bagi permainan esukan utama seperti League of Legends, CSGO, Heartstone, Rocket League dan Vainglory.

Namun begitu, G2 masih belum mempunyai pasukan bagi salah satu permainan esukan terbesar iaitu Dota 2. Kini, menerusi sebuah komen daripada pengasas oragnisasi tersebut Carlos ‘ocelote’ Rodriguez, G2 dilihat mahu menubuhkan pasukan Dota 2 mereka sendiri. Ketika ditanya tentang perancangan mereka mengenai Dota 2, Carlos membalas dengan komen 'lebih hampir dari yang anda sangkakan'.

Adakah organisasi G2 akan memanfaatkan tempoh pertukaran pemain selepas The International 2017 ini untuk menubuhkan pasukan Dota 2 mereka sendiri? Sama sama kita nantikan perkembangan ini didalam minggu minggu mendatang ini.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.