Feral Heart Juarai Kejohanan Gigabyte Aorus Dota 2

Foto : Mineski Infinity Malaysia

Kejohanan Gigabyte Aorus Dota2 yang berlangsung pada 26 dan 27 Ogos lalu berakhir dengan pasukan Feral Heart dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan menewaskan pasukan Genesis. Sebagai juara, pasukan Feral Heart menerima hadiah sebanyak RM4,500.

Pasukan Genesis pula menerima hadiah wang sebanyak RM2,000 sebagai tempat kedua kejohanan. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Insanity.  Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000 ini dianjurkan oleh Mineski Events Team dan Gigabyte Malaysia. Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari bertempat di Mineski Esports Arena.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.