Execration Melepaskan Nando - Ambil Gabbi Sebagai Pengganti



Pasukan Dota 2 daripada Filipina, Execration mengumumkan bahawa mereka telah melepaskan pemain mid/carry mereka iaitu Fernando “Nando” Mendoza daripada pasukan itu. Posisi Nando akan diganti oleh bekas pemain bagi pasukan Clutch Gamers iaitu  Kim “Gabbi” Villafuerte.

Pasukan itu baru baru ini  mengakhiri perjalanan mereka di kejohanan The International 2017 dengan memperoleh tempat 13-16. Dengan keputusan tersebut, mereka berjaya membawa pulang hadiah sebesar $123,440 dolar.

Senarai pemain Execration :

 • Kim “Gabbi” Villafuerte
 • James “James” John
 • Jay “Raging Potato” Qui
 • Kimuel “LeumiK” Rodis
 • Ralph “RR” Penano


Sumber : Execration
Dikuasakan oleh Blogger.