Evermore Juarai Kategori Solo Kejohanan PUBG Gamescom Invitational 2017



PUBG Gamescom Invitational merupakan kejohanan kompetitif pertama bagi permainan PlayerUnknown's Battleground yang dianjurkan oleh Bluehole dan ESL di acara Gamescom. Kejohanan ini dibahagikan kepada beberapa kategori seperti solo, dua dan berpasukan.

Pada hari pertama kejohanan, acara bagi kategori solo telah diadakan. acara tersebut berakhir dengan pemain dari Korea Selatan, EVERMORE menjuarai kategori tersebut. Beliau memperoleh mata sebanyak 790, menewaskan pemain dari Team SoloMid, BreaK yang memperoleh mata sebanyak 700 di tempat kedua. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pemain bagi pasukan Liquid iaitu Hayz dengan mata sebanyak 655.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.