EternalEnVy, Pieliedie dan Xcalibur Sertai Pasukan Fnatic

Seperti mana desas desus yang tersebar sebelum ini, EternalEnVy, Pieliedie dan Xcalibur kini rasmi telah menyertai pasukan Dota 2, Fnatic. Perubahan besar di dalam pasukan Fnatic ini sudah dapat dijangka apabila pasukan itu tersingkir awal daripada kejohanan The International 2017 lalu.

Bagi musim kompetitif 2017/2018 ini, Fnatic telah mengambil dua orang pemain yang sebelum ini bermain bagi pasukan Cloud9 iaitu Jacky ‘EternalEnVy’ Mao dan Johan ‘pieliedie’ Åström. EternaEnVy akan bermain di posisi 1 manakala Pieliedie akan bermain sebagai pemain sokongan di posisi 5.





Selain daripada itu, Fnatic turut sama menandatangi seorang pemain bagi lorong tengah baharu iaitu Steve ‘Xcalibur’ Ye. Xcalibur merupakan seorang pemain lorong tengah yang berpotensi besar dari Eropah. Pemain muda itu sebelum ini pernah bermain sebagai pemain gantian untuk tempoh terhad bagi pasukan Fnatic di Eropah.

Penambahan tiga orang pemain baharu ini juga memperlihatkan bahawa tiga orang pemain asal pasukan itu akan meninggalkan pasukan itu. Ah Jit, Febby dan QO kini telah meninggalkan pasukan itu untuk meneruskan perjalanan mereka bersama sama pasukan lain. Ah Jit juga telah disahkan akan menyertai pasukan Fire Dragoon bersama sama dengan Adam 343.

Fnatic Dota :
  •  EternalEnVy
  •  Xcalibur
  •  Ohaiyo
  •  DJ
  •  Pieliedie



Sumber : Fnatic

Dikuasakan oleh Blogger.