Cloud9 Juarai Kategori Duo FPP di PUBG Gamescom Invitational 2017



Hari ketiga kejohanan PUBG Gamescom Invitational 2017 memperlihatkan pasukan Cloud9 menjuarai kategori Duo FPP (Sudut Pandang Pertama). Duo dari pasukan CLoud9, SoildFPS dan Chappie menjadi juara setelah berjaya memperoleh jumlah mata sebanyak 908.

Tempat kedua pula dimenangi oleh duo Avngr dan PONYRIDEREn yang berjaya mengumpul 816 mata. 4ndypyro dan ForsenSC2 dari pasukan Never Lucky pula  mengumpul 736 mata bagi menduduki tempat ketiga acara tersebut.

tiga acara telah berlngsng sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung iaitu kategori Solo, Duo TPP dan Duo FPP. Hari keempat kejohanan akan memperlihatkan acara berpasukan dipertandingkan. Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah $350,000 USD.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.