Cloud9 Berpisah Dengan Skuad Dota 2 Mereka



Walaupun belum mengumumkannya secara rasmi, Jack Etienne CEO organisasi tersebut mengesahkan bahawa skuad Dota 2 mereka kini telah berpisah dari organisasi Cloud9. Cloud9 baru baru ini menandatangi pasukan NP untuk bermain dibawah organisasi itu di The International 2017.

Pasukan itu mengakhiri kejohanan tersebut dengan mendapat tempat 13/16 kejohanan. Dengan berakhirnya kejohanan The International, banyak pasukan mula  melakukan perubahan pemain. Desas desus menyatakan bahawa Pieliedie dan Envy akan berhijrah untuk bermain bersama sama dengan pasukan Fnatic di rantau Asia Tenggara.

Namun, dengan tempoh pertukaran pemain yang belum didedahkan oleh Valve, pelbagai perkara boleh berlaku sebelum barisan pemain dikunci untuk kejohanan Major akan datang. Sementara itu, Jack turut sama menyatakan bahawa organiasi tersebut belum berputus asa dengan permainan Dota 2 walaupun sering menerima kegagalan. Cloud9 dilihat akan terus mencuba untuk memasuki arena kompetitif Dota 2.


Comment from discussion Cloud 9 is gone.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.