Celcom Merasmikan The Major League - Tawar Hadiah RM300,000



Celcom hari ini telah mengumumkan kejohanan The Major League secara rasminya. The Major League merupakan sebuah kejohanan Dota 2 bagi pasukan di rantau Asia Tenggara yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM300,000.

Kejohanan ini akan melibatkan 8 buah pasukan dari 6 negara di Asia iaitu Ehome, MVP, Evos, Clutch Gamers, dan tiga lagi buah pasukan yang belum diumumkan. Slot terakhir kejohanan akan diisi melalui sebuah pusingan kelayakan Wildcard. Bagi pusingan Wildcard tersebut, jumlah hadiah sebesar RM10,000 telah disediakan.

Acara utama kejohanan akan di adakan di Stadium Tertutup Educity, Iskandar Puteri pada 20 sehingga 22 Oktober ini. Tiket bagi acara utama kejohanan boleh didapati dengan harga bermula RM69 di laman Galactix.


Dikuasakan oleh Blogger.