Butiran Mengenai Kejohanan Minor Pertama - SL i-League Invitational Musim Ke-3 Kini Hadir



Selepas Valve mengumumkan sistem baharu bagi musim kompetitif Dota bagi tahun 2017/2018, sejumlah kejohanan Minor dan Major telah didedahkan. Kini, butiran mengenai kejohanan Minor pertama yang menawarkan mata kelayakan bagi The International 2018 telah hadir.

Kejohanan Minor pertama, Starladder i-League Invitational Musim Ke-3 akan melibatkan sejumlah 8 pasukan untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah $300,000 (~RM 1.2 Juta). Kejohanan ini akan berlangsung pada 12 sehingga 15 Oktober ini  di CyberSport Arena, Kiev, Ukrain.

Enam pasukan akan melayakkan diri melalui pusingan kelayakan di rantau rantau utama manakala dua buah pasukan akan menerima jemputan terus ke kejohanan itu. Siri kelayakan akan bermula dengan peringkat kelayakan terbuka di enam rantau utama iaitu Eropah, CIS, Asia Tenggara, China, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Kemudian, peringkat kelayakan tertutup akan dilakukan dirantau rantau tersebut.


Kelayakan Terbuka SEA (2 Sept)



Sumber : JoinDOta

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.