Bluehole Nafi Tencent Telah Melakukan Pelaburan Pada Syarikat Mereka



Yicai News Group semalam melaporkan bahawa syarikat gergasi internet dari China iaitu Tencent telah melakukan pelaburan pada syarikat pembangun permainan dari Korea Selatan iaitu Bluehole. Bluehole merupakan syarikat yang membangunkan permainan popular PlayerUnknown's Battleground.

Bluehole kini tampil menafikan laporan daripada Yicai News Group tersebut. Menurut respon yang diberikan kepada beberapa laman berita utama seperti Polygon dan The Esports Observer, Bluehole berkata bahawa laporan pelaburan dari Tencent tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Namun begitu, pihak Yicai News Group masih berpegang teguh pada laporan mereka. Dengan permainan PUBG yang semakin popuular di seluruh dunia, pelbagai pihak sudah pasti menruh minat untuk melabur pada permainan tersebut. Pelbagai organisasi esukan seperti TSM, Cloud9, Noble Esports dan Team Liquid sudah pun menubuhkan pasukan masing masing untuk permainan tersebut.


Sumber : Polygon


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.