Blizzard Mengesahkan Bahawa Pemilik Slot Liga Overwatch Perlu Menggunakan Jenama Baharu Bagi Pasukan Mereka



Pemilik pemilik kepada slot Liga Overwatch kini disahkan perlu menggunakan jenama baharu bagi pasukan mereka. Setiap pasukan perlu melakukan penjenamaan berdasarkan lokasi mereka di bawah syarikat yang dispesifikkan kepada liga tersebut.

Senarai nama baharu bagi pasukan pasukan ini masih belum didedahkan kepada umum. Pesuruhjaya Liga Overwatch, Nate Nanzer berkata "Pemilik pemilik pasukan di liga Overwatch teruja untuk memulakan semuanya dari bawah dan membangunkan jenama baharu mereka bagi mencerminkan inovasi Liga Overwatch secara keseluruhannya".

Berikut merupakan senarai penuh pemilik bagi setiap bandar dan pasukan mereka:

Boston : Robert Kraft (CEO kepada New England Patriots dan Kraft Group)
New York :   Jeff Wilpon (COO bagi New York Mets)
Los Angeles : Noah Whinston  (CEO Immortals)
Los Angeles 2 : Stan Kroenke dan Josh Kroenke
Miami-Orlando : Ben Spoont (CEO Misfit Gaming)
San Francisco :  Andy Miller (NRG Esports)
Shanghai : Netease (Rakan usahasama Blizzard di China)
Seoul : Kevin Chou (Salah seorang pengasas Kabam)
London : Cloud9


Sumber : ESPN

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.