The International 2017 Cipta Rekod Baharu - Atasi Jumlah Hadiah Terkumpul TI 2016



Valve sekali lagi berjaya memecah rekod kejohanan The International selepas kini mengatasi jumlah hadiah terkumpul The International 2016. Pada tahun lalu, jumlah hadiah terkumpul bagi The International 2016 adalah sebanyak $20,770,460 USD. Jumlah hadiah bagi The International 2017 adalah $20,776,079  USD$20,776,079 semasa artikel ini ditis dan sedang meningkat naik.

Dengan baki melebihi 30 hari lagi sehingga ia tamat, masih banyak waktu untuk The International 2017 mencatatkan rekod yang lebih tinggi. Pihak Valve juga masih belum melancarkan Immortal Trssure III yang sudah pasti akan membantu menaikkan lagi jumlah hadiah dengan lebih pantas.

Jumlah hadiah bagi kejohanan ini datang daripada pihak Valve dan komuniti Dota 2, iaitu sebanyak $ 1,600,000 USD disediakan oleh Valve dan kemudiannya ditambah 25% daripada hasil jualan Battle Pass. Battle Pass yang dijual mengandungi pelbagai fungsi ekskulsif seperti kebolehan untuk mengundi arcana dan pemain bagi perlawanan All Star. Battle Pass turut mengandungi pelbagai kosmetik khas yang dicipta untuk kejohahan kali ini.

Jumlah hadiah terkumpul mengikut tahun:

The International 2011 – $ 1,600,000
The International 2012 – $ 1,600,000
The International 2013 – $  2,874,380
The International 2014 – $ 10,923,977
The International 2015 – $ 18,429,613
The International 2016 – $ 20,770,460
The International 2017 – $ 20,776,079 (Sedang Meningkat)
Dikuasakan oleh Blogger.