Graceful, Moffitt dan Elkiea Sertai Pasukan MEGA Thunder



Graceful, Moffitt dan Elkiea diumumkan telah menyertai pasukan MEGA Thunder. Mega Thunder merupakan sebuah pasukan Overwatch dibawah organisasi MEGA Esports yang berpengkalan di Thailand. Organisasi itu sebelum ini mengambil alih pasukan Fireball, sebuah pasukan dengan pemain yang berasal dari Thailand. Pasukan itu bertanding pada pusingan kelayakan kejohanan World Cup Overwatch namun tersingkir pada  pusingan 16 terbaik.

Dengan penambahan tiga orang pemain baru ini, Mega Esports turut mengumumkan penubuhan pasukan Overwatch kedua mereka. Pada ketika ini, tiada maklumat rasmi diumumkan  berkenaan barisan pemain rasmi untuk kedua dua pasukan. Graceful dan Elkiea sebelum ini bermain bagi pasukan Evil Geniuses sebelum organisasi dari Amerika Utara ini menggugurkan pasukan mereka. Moffitt pula sebelum ini bermain bagi pasukan You Guys Get Paid?  yang kini telah dibubarkan. Ketiga tiga mereka kini berada di rumah pasukan MEGA Esports di Thailand dan sedang bersiap sedia untuk musim kedua kejohanan Pacific Championship.

Sumber : Over.gg

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.