Gabbi Sah Meninggalkan Pasukan Clutch Gamers

Gambar daripada Epicenter.


Clutch Gamers menerusi laman Facebook rasmi mereka mengesahkan bahawa pemain Carry mereka, Khim "Gabbi" Villafuerte teah meninggalkan pasukan itu. Pasukan Clutch Gamers menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tahun ini namun gagal melayakkan diri ke The International 2017. Buat masa ini, tidak dipastikan kemana hala tuju bagi pemain yang berasal dari Filipina itu.




Clutch Gamers turut mengumumkan bahawa pasukan itu akan menggunakan khidmat Jacko "Jacko" Soriano sebagai pemain gantian sementara. Jacko yang juga berasal dari Filipina sebelum ini pernah bemain bagi pasukan Mineski namun kini tidak berapa aktif setelah digantung dari kesemua acara yang dianjurkan oleh Valve setelah ditangkap dalam skandal mengatur perlawanan semasa bermain untuk pasukan Mineski.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.