Dota 2 - Bahagian 3 : Hero



Baca - 
Bahagian 1 : Pengenalan
Bahagian 2 : Peta

Bahagian 3 - Hero

Dota 2 mempunyai 113 karekter yang boleh dimainkan dan dipanggil sebagai hero. Setiap hero mempunyai abiliti dan kelebihan yang tersendiri. Setiap hero mempunyai peranan tersendiri yang penting bagi membantu pasukan mereka mencapai kemenangan. Penampilan hero didalam permainan ini juga boleh diubah dengan penggunaan kosmetik.





Setiap hero mempunyai tiga atribut utama iaitu Strength (Kekuatan), Agility (Ketangkasan) dan Intelligence (Kepintaran). Setiap mata tambahan yang ditambah pada atribut utama setiap hero akan meningkatkan kuasa serangan mereka.


 Strength (Kekuatan)

Hero yang mempunyai kekuatan sebagai atribut utama adalah hero yang mempunyai kuasa serangan yang lebih tinggi dan mamp menerima serangan dengan lebih banyak. Hero seperti ini boeh digunakan sebagai pemula serangan. Kebanyakan hero dengan kekuatan sebagai atribut utama juga adalah hero jenis melee. Antara contoh hero jenis ini adalah Sven, Tiny dan Alchemist.


Agility (Ketangkasan)

Hero dengan ketangkasan sebagai atribut utama adalah hero yang mempunyai kepantasan serangan dan perisai yang tinggi. Hero jenis ini mamp melancarkan serangan dengan pantas dan mempunyai ability untuk menyerang musuh secara tiba tiba. Antara contoh hero dengan ketangkasan sebagai atribut utama adalah Anti-Mage, Templar Assassin dan Ursa.


Intelligence (Kepintaran)

Kepintaran hero selalunya melibatkan kebolehan mereka menggunakan mantera (spell) dengan lebih baik. Hero jenis ini mempunyai jumlah mana yang lebih besar dan mampu menjananya semula dengan lebih pantas. Namun begitu, hero jenis ini biasanya mempunai nyawa yang lebih rendah dan kebanyakannya dimainkan sebagai hero sokongan (support) didalam perlawanan. Contoh hero jenis ini adalah Crystal Maiden, Windranger dan Chen.


Peranan

Setiap hero didalam Dota 2 mempunyai peranan tersendiri yang bergantng pada atribut dan abiliti unik mereka. Pemain harus mengenali peranan masing masing bagi membolehkan perlawanan dimainkan dengan lebih lancar. Terdapat sembilan peranan rasmi dan lima peranan tidak rasmi didalam Dota 2 iaitu :

Rasmi :

Carry
Disabler
Initiator
Jungler
Support
Durable
Nuker
Pusher
Escape

Tidak Rasmi :

Hard Carry
Semi-Carry
Ganker
Roamer
Offlaner


Namun begitu, bagi kebanyakkan perlawanan, peranan ini diringkaskan kepada lima peranan utama iaitu Carry, Solo-Mid, Offlaner, Support dan Hard Support.


Carry

Carry merupakan hero utama didalam setiap perlawanan. Tugas utama carry adalah untuk membawa kemenangan kepada pasukan, justeru itu ia dipanggil sebagai ‘carry @ pembawa’. Hero jenis ini memerlukan farm* yang paling tinggi didalam pasukan. Carry selalunya lemah pada permulaaan perlawanan namun akan menjadi kuat setelah mempunyai farm yang mencukupi. Contoh hero dengan peranan ini adalah Anti Mage dan Spectre.

*farm = Proses mengumpul XP (Mata Pengalaman) dam emas bagi meninggkatkan kebolehan dan membeli item tambahan.


Solo -Mid

Solo-Mid merupakan peranan bagi pemain yang memilih untuk bermain pada lorong tengah didalam setiap perlawanan. Pemain bagi peranan ini selalunya mempunyai skill mekanikal yang lebih baik kerana lorong tengah didalam Dota 2 tidak mempunyai sebarang kelebihan seperti lorong selamat (safelane). Pemain bagi lorong ini perlu menggunakan skill mereka untuk mengatasi pemain solo-mid lawan bagi memberikan kelebihan kepada pasukan mereka. Antara hero yang biasa dimainkan untuk posisi ini adalah Shadow Fiend, Invoker dan Razor.


Offlaner

Offlaner merupakan pemain ketiga terpenting didalam perlawanan.  Hero jenis ini akan bermula di lorong safelane pihak lawan. Hero safelane dianggap sebagai yang paling susah untuk dimainkan kerana di lorong safelane pihak lawan, mereka mempunyai kelebihan dengan kedudukan Menara dan posisi creep yang memihak mereka. Contoh bagi hero offlane adalah Slardar, Axe dan Clockwerk.


Support (Greedy/Farming Support)

Tugas utama pemain keempat pasukan ini merupakan  memberikan sokongan kepada Carry pasukan mereka. Namun bagitu, mereka diberikan lebih banyak farm berbanding dengan hard support. Hero jenis ini juga selalunya mampu menyerlang didalam pertarungan dengan abiiti mereka yang mampu membantu carry pasukan membunuh hero musuh. Contoh bagi hero untuk posisi ini adalah Enigma, Slardar dan Earth Spirit.


Hard Support

Hero bagi posisi ini adalah yang termiskin disetiap perlawanan. Hero jenis ini tidak memerlukan farm yang banyak dan ditugaskan untuk membantu pemain lain di dalam perlawanan. Hero bagi posisi ini akan membeli item utama bagi membantu perlawanan seperti ward dan courier. Treant Protector, Dazzle dan Crystal Maiden merupakan contoh bagi hero untuk posisi ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.