Dota 2 - Bahagian 2 : Peta




Baca - Bahagian 1 : Pengenalan

Bahagian 2 : Peta

Bahagian

Dota 2 dimainkan hanya pada sebuah peta lokasi. Ia mengandungi dua bahagian yang dipanggil Radiant dan Dire. Setiap kumpulan akan menduduki separuh pepenjuru peta dan dipisahkan dengan sebuah sungai ditengah tengah. Pihak Radiant akan mneduduki bahagian bawah penjuru peta, manakala pihak Dire akan menduuduki bahagian atas penjuru peta. Dibahagian paling penjuru peta merupakan pangkalan bagi setiap kmpulan yang mengandungi sebuah banggunan yang digelar Ancient. Ancient merupkaan banggunan terpenting didalam permainan ini. Pemain haruslah memusnahkan Ancient pihak lawan bagi memenangi perlawanan. Peta didalam permainan ini mempunyai ketinggian berbeza yang mempengaruhi jarak dan kawasan penglihatan anda.





Lorong (Lanes)

Peta didalam permainan ini dibahagikan kepada tiga lorong iaitu atas (top), bawah (bottom) dan lorong tengah (middle @ mid). Setiap lorong akan menuju kepada pengkalan setiap pasukan. Pada awal permainan, pemain akan menumpukan permainan pada kawasan lorong ini. Perkara ini digelar sebagai fasa lorong (laning phase).

Lorong bawah di bahagian Radiant dan lorong atas di bahagian Dire digelar sebagai lorong selamat (safe lanes) kerana creeps akan bertemu lebih dekat dengan menara sekaligus memekalkan keselamatan tambahan daripada musuh.





Sungai

Peta didalam permainan ini dibagikan oleh sebuah sungai ditengah tengah peta. Di dalam sungai ini, terdapat dua lokasi dimana munculnya runes dan juga merupakan lokasi dimana terletaknya Roshan.





Runes

Runes merupakan item tambahan yang menawarkan kuasa tambahan atau kesan khas kepada pemain. Runes akan muncul dibeberapa lokasi didalam peta. Pada permulaan permainan dan sepanjang permainan berlangsung, Bounty Runes akan muncul di empat lokasi di kawasan hutan kedua dua pihak. Selepas minit kedua dan seterusnya, dua runes (enam jenis) akan muncul di sungai.

Jenis jenis runes adalah seperti berikut :

Bounty Runes – Memberikan emas dan pengalaman (XP) tambahan. (Muncul hanya di kawasan hutan)
Double Damage Runes – Memberikan 100% kuasa serangan  asas sebagai kuasa serangan tambahan.
Illusion Runes – Mewujudkan dua hero ilusi tambahan.
Invisibility Runes – Menyebabkan hero menjadi halimunan untuk 45 saat.
Regenaration Runes – Memenuhkan kembali nyawa dan mana. Namun proses pemulihan berhenti jika menerima serangan daripada hero musuh.
Haste Runes – Memberikan kelajuan pergerakan maksimum dan imuniti kepada kuasa permerlahakan daripada musuh.
Arcane Runes – Menyebabkan kesemua masa pengaktifan semula (cooldowns) dikurangkan sebanyak 30% dan kos ‘mana’ dikurangkan sebanyak 40%.





Roshan

Roshan merupakan sejenis creep yang leih kuat berbanding dengan creep biasa. Roshan akan memberikan kesemua ahli pasukan emas tambahan jika ia dibunuh. Setelah dibunuh, Roshan juga akan menjatuhkan Aegis of the Immortal. Bagi kali kedua ia dibunuh dan seterusnya, Roshan juga akan menjatuhkan Cheese. Aegis of the Immortal merupakan sebuah item yang menyebabkan pemiliknya dihidupkan semula setelah dibunuh. Cheese pula akan memulihkan nyawa dan mana pemiliknya jika diaktifkan.






Hutan

Hutan merujuk kepada kawasan berhutan diantara setiap lorong. Kawasan hutan mengandungi beberapa lokasi creep natural yang oleh dibunuh untuk emas dan XP tambahan. Ia juga mengandungi lokasi dimana  munculnya Bounty Runes.





Bangunan

Terdapat beberapa jenis banggunan didalam permainan Dota 2. Banggunan boleh dimusnahkan untuk emas dan XP tambahan. Pemain juga boleh melakukan teleportasi pada banggunan menggunakan Town Portal Scroll atau Boots of Travel. Untuk memusnahkan Ancient, setiap banggunan harus dimusnahkan mengikut urutan luaran ke dalam (Baris 1 sehingga 4 @ Tier 1 - 4).


Menara

Banggunan yang berfungsi utnuk mempertahankan lorong.  Ia mempunyai fungsi True Sight yang membolehkan musuh halimunan berhampiran dilihat.




Shrine

Shrine merupakan sebuah banggunan yang boleh diaktifkan untuk memberikan aura pemulihan untuk 5 saat. Ia mempunyai masa pengaktifan semula sepanjang lima minit. Terdapat beberapa lokasi shrine didalam peta. Shrine hanya boleh dimusnahkan setelah Menara baris ketiga (Tier 3) dimusnahkan terlebih dahulu.





Berek (Barracks)

Setiap pengkalan mempunyai tiga pasang berek yang terletak dieakang Menara baris ketiga (Tier 3). Satu berek adalah untuk creep melee dan satu lagi untuk creep jenis range. Jika berek anda dimusnahkan, creep pihak musuh akan menjadi lebih kuat. Jika kesemua berek anda dimusnahkan, creep musuh akan bertambah kuat dan digelar sebagai Mega Creep.





Kedai

Terdapat tiga jenis kedai didalam peta permainan ini iaitu kedai di pengakalan (Base Shop), kedai rahsia (Secret Shop) dan kedai lorong tepi (Side Shop @ Side Lane Shop).

Base Shop – Terletak di kawasan fountain, pemain boleh membeli kesemua item asas dan resepi.
Secret Shop – Terletak dikawasan hutan, ia menjual item tambahan dan kebanyakan item yang diperlukanpada lewat permainan.
Side Shop – Terletak di safe lane kedua dua bahagian, menjual beberapa item asas  yang selalunya digunakan semasa Laning Phase.




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.