Disney Dilaporkan Melabur Pada Organisasi Team Liquid



Disney dilaporkan telah melakukan beberapa pelaburan pada beberapa buah syarikat pada 12 Julai lalu. Antara syarikat yang terlibat didalam pelaburan itu ialah aXiomatic, pemegang saham terbesar bagi organisasi esukan, Team Liquid. Team Liquid merupakan salah satu nama besar didalam dunia esukan dan mempunyai pelbagai pasukan didalam pelbagai permainan termasuklah League of Legends, Overwatch, Dota 2, dan Counter-Strike : Global Offensive.

Disney juga dilaporkan akan menyiarkan beberapa perlawanan esukan seperti Super Smash Bros. Wii U (Smash 4) dan Street Fighter V di saluran Disney XD mereka. Kedua dua perlawanan tersebut diadakan pada kejohanan pertarungan terbesar diduunia iaitu Evo 2017. Tidak dipastikan sama ada pelaburan Disney ini merupakan permulaan mereka untuk terjun ke dalam dunia esukan, namun ianya merupakan perkembangan yang baik kepada dunia esukan keseluruhannya.

Sumber : Mashable

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.