China Dan Perancis Sah Tempat Di Kejohanan Overwatch World Cup



China menguasai pusingan kelayakan Overwatch World Cup di Shanghai tanpa tewas walau satu peta sepanjang pusingan kelayakan tersebut berlangsung. Pasukan itu mengesahkan tempat pertama untuk slot ke kejohanan Overwatch World Cup selepas menewaskan pasukan dari Thailand.

Slot kedua kejohanan dimenangi oleh pasukan Perancis selepas mereka menewaskan paskan Norway. Kedua dua pasukan memenangi hadiah wang sebanyak $9,000 dan slot ke kejohanan Overwatch World Cup yang akan berlangsung pada bulan November kelak di Blizzcon Final di Anaheim Convention Center.

Mereka akan disertai oleh pememang bagi pusingan kelayakan Sydney, Katowice, dan Burbank. Overwaatch World Cup merupakan sebuah kejohanan yang di anjurkan oleh Blizzard Entertainment. Kejohanan ini dipertandingkan diantara negara dan bukannya antara organisasi seperti kejohanan esukan biiasa yang lain. Ia menawarkan hadiah wang keseluruhan sebanyak $72,000 USD.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.