Blizzard Umum 7 Bandar Dan Pemilik Pertama Slot Francais Liga Overwatch



Pembangun permainan Overwatch, Blizzard hari ini mengumumkan pemilik bagi tujuh slot pertama francais liga berasaskan bandar mereka. Tujuh bandar yang terpilih adalah Boston, New York, Los Angeles, Miami-Orlando, San Francisco, Shanghai, dan Seoul.

Berikut merupakan pemilik francais bagi setiap bandar dan pasukan mereka:

Boston : Robert Kraft (CEO kepada New England Patriots dan Kraft Group)
New York :   Jeff Wilpon (COO bagi New York Mets)
Los Angeles : Noah Whinston  (CEO Immortals)
Miami-Orlando : Ben Spoont (CEO Misfit Gaming)
San Francisco :  Andy Miller (NRG Esports)
Shanghai : Netease (Rakan usahasama Blizzard di China)
Seoul : Kevin Chou (Salah seorang pengasas Kabam)


Yuran bagi slot francais ini tidak diumumkan oleh Blizzard namun beberapa laporan menyatakan bahawa ia mencecah $20 Juta USD. Blizzard turut mengumumkan bahawa liga ini akan bermula pada tahun ini dan mereka masih berbincang dengan organisasi esukan lain diseluruh dunia untuk mengisi slot francais mereka.

Blizzard menyatakan bahawa mereka komited untuk membangunkan liga kompetitif Overwatch untuk jangka masa yang panjang. Beberapa organisasi esukan telah melepaskan pasukan Overwatch mereka kerana kurang komunikasi dari Blizzard tentang masa depan dan hala tuju arena kompetitif permainan ini. Pengumuman pemilik slot francais ini merupakan komunikasi pertama Blizzard mengenai liga mereka kepada umum.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.