Trailer Bagi The Evil Within 2 Diperlihatkan



Detektif Sebastian Castellanos perlu memasuki Kota Union di dunia STEM yang penuh kegelapan bagi menyelamatkan anak perempuannya, Lily. Dapatkah beliau menyelamatkan anaknya daripada ancaman dan halangan di kota Union penuh cabaran itu?

Pemain akan memainkan watak Sebastian yang sedang berusaha menyelamatkan anaknya di kota Union. Dalam usahanya itu, beliau akan merungkai misteri kota Union dan mencari tahu perangcangan Mobius bagi menghapuskan kuasa jahat di kota itu.

The Evil Within 2 akan tiba pada 13 Oktober kelak untuk platform PlayStation 4, Xbox One, and PC.


Dikuasakan oleh Blogger.